Saturday, May 2, 2015

Kerana Sahabat

Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti Allah memerintahkan dua orang hamba hadir mengadapNya. Seorang adalah hamba yang taat kepada perintah Allah dan seorang lagi hamba yang derhaka kepada Allah. Kedua-duanya mati dalam keadaan beriman. Lalu Allah menyuruh malaikat Ridhwan membawa orang yang taat itu ke syurga dan memuliakannya dengan firman Allah, “Aku merelakan dia”.

Kemudian Allah memerintahkan kepada malaikat Zabaniyah membawa yang seorang lagi ke neraka dan Allah memerintahkannya disiksa dengan siksaan yang amat pedih. Firman Allah, “Sesungguhnya orang ini adalah peminum arak”.

Orang yang taat kepada Allah sangat gembira kerana dia telah dapat masuk ke syurga dengan rahmat Allah. Apabila orang itu hendak menjejakkan kakinya ke pintu syurga maka dia mendengar suara sahabatnya yang diheret ke neraka itu berkata, “Wahai sahabatku, wahai temanku, kasihanilah aku dan berikanlah aku pertolongan”.

Apabila orang itu mendengar rayuan sahabatnya, maka dia tidak mahu masuk ke dalam syurga. Malaikat Ridhwan berkata kepadanya, “Masuklah ke syurga dengan rahmat Allah”. Orang itu berkata, “Aku tak mahu masuk ke syurga, bawalah aku ke neraka”. Malaikat Ridhwan menjawab, “Aku tak dapat membawa kamu ke neraka sebab Allah telah memerintahkan aku membawa kamu ke syurga dan melayani kamu”.

Orang itu tetap berdegil dan berkata, “Aku tak mahu masuk ke syurga dan tak mahu juga layananmu”. Setelah itu kedengaran suara yang berkata, “Wahai Ridhwan, Aku maha mengetahui apa-apa yang ada di dalam hatinya, namun demikian tanyalah kepadanya sendiri dan kamu akan mengetahui sebabnya”. Lalu malaikat Ridhwan bertanya, “Kenapakah kamu tidak mahu masuk ke syurga dan mengapakah kamu ingin ke neraka”?

Orang itu menjawab, “Aku tak mahu ke syurga kerana orang yang derhaka kepada Allah itu telah diputuskan masuk ke neraka. Dahulunya aku dan dia bersahabat baik di dunia dan dia telah meminta pertolongan dariku supaya selamatkannya dari api neraka. Oleh kerana aku tiada kuasa untuk berbuat demikian, maka aku fikir lebih baik aku juga masuk ke neraka supaya sama-sama disiksa di dalamnya”.

Kemudian kedengaran seruan Allah yang maha memberi rahmat berfirman, “Wahai hambaKu, kamu dengan kelemahanmu tidak suka melihat sahabatmu itu masuk ke neraka kerana dia telah berkenalan denganmu di dunia hanya sebentar dan dia mengetahuimu dan menemanimu hanya beberapa hari saja. Maka bagaimanakah Aku merelakan kamu masuk ke neraka sedangkan kamu telah mengetahui Aku selama umurmu dan telah menjadikan Aku sebagai tuhanmu selama 70 tahun. Oleh itu pergilah kamu ke dalam syurga bersama sahabatmu itu dan Aku telah mengampuninya dan Aku serahkan dia kepada kamu”

Wahai Kaum Hawa

Nasihat beliau buat semua Muslimat:-

"Adakah muslimah-muslimah zaman sekarang
sudah hilang semangat jihadnya? 
Sudah hilang kekuatan hati? 
Sudah hilang ketabahannya? 

Bukan aku nak suruh perempuan-perempuan Islam jadi ganas, 
cuma aku terfikir bila terbaca kisah-kisah sahabiah, 
mereka lemah lembut tapi sangat kental, 
hati sekuat besi waja,
tak mudah cair dengan lelaki ajnabi (bukan mahram), 
tak meleleh-leleh bila cakap pasal cinta,
tak tergedik-gedik bila lelaki cuit. 

Maka aku pun mengambil langkah
untuk jadikan facebook ku sebagai malaikat maut bagi kaum Hawa, 
untuk mentarbiah hati mereka agar kuat,
kental dan tabah! 

Kalau hari-hari aku bagi status meleleh-leleh,
cinta kerana Allah,
lelaki soleh untuk perempuan solehah, 
cinta itu fitrah,
carilah suami soleh dan benda-benda leleh yg lain...

"Muslimah yang terhasil nanti macam mana?" 
Walaupun ( di fb & realiti ) bertudung, berpurdah,
bertudung labuh, ikut usrah, ikut masturat;
Tapi cuit sikit, dah tergedik-gedik...  
Ngurat sikit, dah sangkut.... 
Ajak couple sikit, terus setuju... 
Lepas tu, putus cinta,meleleh2... 
Ada masalah sikit, doa nak mati.. 
Kena marah dengan mak/ayah sikit,
buat status cakap tak pernah bahagia... 
Exam failed, kata taknak hidup lagi...
Pakwe tak mesej sehari,
di status penuh dengan kata-kata rindu. 
Pakwe marah sikit, buat status meleleh macam haram...
Fikir secara waras, adakah ini sifat wanita yang ditarbiah oleh Rasulullah SAW ketika zaman Baginda SAW?

Nama Saidatina Fatimah, Aisyah, Khadijah,
Safiyyah, Ummu Salamah, Ummu Habibah,
Sumayyah, Ummu Darda', Masyitah, Balqis, Maryam
dan ramai lagi diagung-agungkan kalian. 
Tapi apa kalian kenal siapa mereka? 
Bagaimana hebat dan kentalnya hati mereka? 
Ikut sikap dan akhlak mereka? 

Memang akal kalian senipis rambut, tapi kalian bukan BODOH...
Aku datang sebagai pengetuk kepala kalian untuk bangun dari tidur, 
untuk sedarkan kalian supaya jangan jadi bodoh, 
jangan jadi hamba lelaki,
jangan jadi hamba cinta haram,
jangan jadi perempuan murahan,
jangan kapel free2 macam bohsia,
jangan dok bermanja dengan lelaki macam perempuan tiada harga...

Nabi SAW telah bersabda mafhumnya (aukamaqaal),
jika seorang lelaki mendapat wanita solehah sebagai isteri,
maka separuh agamanya telah
sempurna... 
Apa kalian sedar 'kesolehahan' kalian itu harganya
separuh dari agama? 
note: "Ada mata dan telinga kan semua?" 

Ya Allah, jadikan lah aku seorang muslimah seperti mawar agama  yang tidak mudah disentuh. Bunga idaman agama yang memperjuangkan kebenaran agamaMu.. Aku mahu
kelopakku indah tanpa sedikitpun kotoran.  Jadikan aku wanita solehah, wanita mukminah~ Ameen, In shaa Allah